|
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Adakah anda mencari kursus Web yang memudahkan diri anda?
Adakah anda ingin memajukan perniagaan anda dengan Blog?
Adakah anda keliru bagaimana untuk membina web dan blog?
Adakah anda inginkan website anda di muka hadapan Google?
Adakah anda inginkan silibus yang pelbagai dengan harga rendah?
Anda akan menemui jawapannya disini.
Kursus Membina Web Dan Blog
| |
Apakah itu Blog?
Blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video.
Selalunya blog mengandungi komentar (laporan), berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ dari satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen.
Kebanyakan blog dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri contohnya mereka fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog, blog video, blog mp3, podcasting. Blog juga adalah salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa.
Micro-blogging merupakan salah satu lagi blog berbentu.
|
|
| |
| |
Apakah itu Website?
Website adalah kumpulan laman-laman, yang biasanya bertempat
dalam sebuah domain atau subdomain, yang tempatnya berada didalam World
Wide Web (WWW) di Internet. Masing-masing halaman website biasa disebut
dengan web page, sedangkan halaman utama dari sebuah website biasa disebut
homepage.
Web page adalah dokumen yang ditulis dalam format HTML (Hyper
Text Markup Language), yang hampir selalu boleh dilayari melalui HTTP, iaitu protokol yang
menyampaikan maklumat dari pelayan website untuk dipaparkan kepada para pengguna melalui web browser.
Semua penerbitan dari website-website tersebut dapat membentuk sebuah rangkaian maklumat yang sangat besar.
Sebuah website dapat merupakan hasil kerja orang-individu (individu) atau menunjukkan pemilikan dari sebuah organisasi,
syarikat, dan biasanya website itu menujukkan beberapa topik khusus, atau kepentingan tertentu.
|
|
| |
| |
Info Kursus Singkat Website & Blog
Kursus akan dijalankan secara intensif satu hari dari
jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk setiap modul. Kursus dijalankan di bilik kursus berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan internet wifi. Makanan untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang disediakan.
Modul untuk kursus adalah seperti berikut:
- PELAJARI ASAS MEMBINA BLOG MENGGUNAKAN BLOGSPOT
- PELAJARI ASAS MEMBINA BLOG MENGGUNAKAN WORDPRESS
- MENGETAHUI RAHSIA MEMBINA MINISITE DENGAN MUDAH
- ASAS MEMBINA WEBSITE MENGGUNAKAN JOOMLA!
|
|
| |
| |
Aktiviti & Hadiah Disediakan
Berita baik untuk peserta-peserta Kursus Singkat Web & Blog! Kami juga menyediakan aktiviti-aktiviti praktikal berkumpulan ketika kursus singkat ini berlangsung. Untuk itu juga, hadiah-hadiah yang menarik dan lumayan bakal menanti bagi kumpulan
yang terpilih. Antara contoh hadiah yang kami tawarkan ialah Web Hosting PERCUMA selama setahun!
Tunggu apa lagi? Mari daftar sekarang. Selagi peluang keemasan ini masih terbuka!
|
|
| |
| |
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Sertai
1. Ruang Belajar Yang Selesa
Kursus dijalankan di bilik kursus berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan internet wifi. Makanan untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang disediakan.

2. Panduan Nota Flash E-book
Kami menyediakan panduan berupa Nota (step by step bergambar) dalam berformat Flash untuk anda. Kami akan berikan kata laluan untuk anda akses nota ini secara Online pada hari kursus dijalankan.
Anda juga boleh melayarinya di rumah selepas pulang dari kursus ini sebagai rujukan. Menarik bukan?
Kami faham yang sesetengah orang suka belajar daripada nota dan sesetengah yang lain pula lebih gemar belajar dari internet. Jadi kami sediakan gabungan kedua-duanya untuk anda.
Dengan adanya panduan berbentuk flash e-book, anda tidak perlu risau lagi sekiranya terlepas sebarang step dalam membina website kerana semuanya ditunjukkan langkah demi langkah.

3. Hadiah Menarik
Kami juga menyediakan aktiviti-aktiviti praktikal berkumpulan ketika kursus singkat ini berlangsung. Untuk itu juga, hadiah-hadiah yang menarik dan lumayan bakal menanti bagi kumpulan yang terpilih. Antara hadiah yang kami tawarkan ialah Web Hosting PERCUMA selama setahun!

4. Sijil Disediakan
Anda juga akan menerima sebuah sijil penyertaan setelah tamat kursus ini.
5. Yuran Terendah
Berapa harganya untuk mengikuti kursus ini? Kami memberi perkhidmatan dengan harga terendah.
Anda boleh search di Google perkataan "Kursus Website" atau "Seminar Blog" atau perkataan seumpamanya. Anda boleh lihat sendiri
harga pasaran untuk kursus website + blog. Jangan terkejut jika ada diantara mereka mengenakan yuran mencecah RM 5000!
Jangan bimbang, untuk seminar kali ini kami hanya meletakkan :

sahaja walaupun nilai sebenarnya jauh daripada itu.
|
|
| |
| |
Bila? Dimana?
|
|
| |
| |
Soaljawab Kursus Singkat Web & Blog
- Apakah kemahiran yang diperlukan untuk hadir ke Kursus Singkat Web & Blog?
- Tiada kemahiran spesifik cuma peserta mestilah mempunyai asas di dalam penggunaan komputer. Jika dah boleh copy/ paste, right click, bina folder baru, simpan fail. Itu sudah mencukupi.
- Apakah perkara yang diutamakan di dalam Kursus Singkat Web & Blog?
- Adalah menjadi keutamaan kepada peserta- peserta menjalani kursus secara hands-on iaitu praktikal. Teori juga akan diajar di dalam kursus tetapi peserta boleh mengulangkajinya dengan pembacaan nota- nota dan video yang dibina untuk kursus pembinaan website dan pemasaran Internet ini, nama lain bagi Kursus Singkat Web& Blog.
- Adakah sokongan akan diberikan selepas menjalani Kursus Singkat Web & Blog?
- Ya, khidmat sokongan akan diberikan dari masa ke semasa. Jika penerangan secara email dan nota tidak mengcukupi, video akan dibina untuk menerangkan sesuatu perkara itu.
- Apakah yang menjadi keutamaan kepada peserta Kursus Singkat Web & Blog?
- Keutamaan adalah diberikan agar peserta kursus berkemahiran membina websitenya sendiri dan menjalankan perniagaan Internetnya atau blog peribadi dengan berjaya.
- Bagaimanakah dengan yuran kursus, adakah mahal?
- Sebenarnya, yuran Kursus Singkat Web & Blog ini adalah yang terendah di pasaran untuk kursus seumpamanya. Jika dilihat dari segi silibus, kursus ini adalah yang terlengkap di Malaysia untuk pembinaan website baru. Dengan 4 modul yang kami sediakan, ia adalah kursus yang termurah dipasaran. Kursus sebegini sudah pasti bernilai ribuan ringgit tetapi keuntungan adalah bukan menjadi hasrat sebenar kursus ini. Kursus Singkat Web& Blog adalah direkacipta untuk membangunkan lebih ramai lagi blogger dan web master.
|
|
| |
| |
BERMINAT DENGAN KURSUS INI?
DAFTAR SEKARANG!

|
|
| |
|